Kehidupan awal Boutros_Boutros-Ghali

Boutros Boutros-Ghali dilahirkan di Kaherah pada 14 November 1922. Datuknya Boutros Ghali merupakan Perdana Menteri Mesir ke-9 dari 1908 sehinggalah pembunuhan beliau pada tahun 1910.[1][2]

Boutros lulus pengajiannya dari Universiti Kaherah pada tahun 1946.[3] Beliau turut menerima gelaran Ph.D. dalam undang-undang antarabangsa dari Universiti Paris serta diploma dalam hubungan antarabangsa dari Sciences Po pada tahun 1949. Pada tahun 1979, beliau diangkat sebagai Guru Besar Undang-undang Antarabangsa dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Kaherah sehingga tahun 1999. Beliau menjadi Presiden Pusat Pengajian Politik dan Strategik pada tahun 1975 dan Presiden Perkumpulan Pengajian Politik Afrika pada tahun 1980. Beliau adalah seorang Sarjana Pengajian Fulbright di Universiti Columbia dari 1954 hingga 1955, Pengarah Pusat Penyelidikan Akademi Undang-undang Antarabangsa Den Haag 1963-1964, dan Visiting Professor di Fakulti Undang-undang di Universiti Paris 1967-1968. Beliau juga Rektor Kehormatan Institut Pengajian Pascasarjana Keamanan, sebuah cabang Universiti Kyunghee di Seoul.